JENAZAH tiga beranak lemas di Rumah Pam Sungai Pedu, Kampung Tanjung Pedu, Padang Terap, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu, 12.20 tengah malam tadi.
Jenazah dua beradik perempuan itu, Nor Shariza Hafiza Samsudin, 14, dan kakaknya, Nor Shafia Hafiza Samsudin, 16, dan datuk mereka, Mohamad Ramli Ibrahim, 65, disemadikan dalam satu liang lahad.
Sebelum itu, ketiga-tiga jenazah terbabit tiba dari Bilik Mayat Hospital Kuala Nerang ke kediaman Allahyarham Mohamad Ramli di Kampung Tanjung Luar, Pedu pada 11.15 malam.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamiul Khir, Kampung Tong Pelu, sebelum diadakan solat jenazah.
Seramai 600 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta penduduk di kariah berhampiran hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.
Harian Metro semalam melaporkan, dalam kejadian 1 tengah hari itu, perkelahan sebuah keluarga di kawasan berkenaan bertukar tragedi apabila tiga maut selepas lemas dihanyutkan arus.
Berita berkaitan
• '[UPDATE] Anis Umaira sudah sedar’
• 'Tinggal cincin sebelum ajal
• 'Hmm panas-panas' status terakhir