MOHD. FOTO Arkib NSTP


JAUH di sudut hati pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jenagor, Mohd Mustafa, 66, dia teringin mengimamkan solat jenazah untuk anaknya, Abdul Bari Asyraf, 31, yang ditemui lemas di Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd menyerahkan tugas itu kepada gurunya yang juga imam Masjid Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, Kuala Terengganu sebagai tanda hormat kepada lelaki terbabit.

‘Memang kalau boleh saya nak mengimamkan sendiri solat jenazah anak saya tetapi biarlah, saya beri penghormatan kepada guru saya untuk mengimamkan solat itu nanti.

“Sebelum ini, saya sudah menyempurnakan sembahyang jenazah untuk orang lain, tetapi hari tidak sangka melakukan solat itu untuk anak sendiri,” katanya yang sudah lima tahun bersama jemaah masjid kampung itu menyempurnakan solat jenazah di sekitar daerah itu.

Menurut Mohd lagi, dia bersyukur kerana Allah SWT memakbulkan doanya dan keluarga yang mahu melihat kubur Abdul Bari sekiranya dia sudah tiada.

“Syukur kematiannya berkubur... Alhamdulillah.. doa saya untuk melihat kuburnya dimakbulkan... Allah SWT mendengar rintihan saya dan keluarga untuk melihat kuburnya sekiranya itu ketentuan Allah SWT.

"Hari ini, Dia temukan kami dengan Abdul Bari selepas lebih dua hari kami 'berpisah' dengannya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahurah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd berkata, dia tidak terkejut apabila diberitahu Abdul Bari ditemui pagi ini (semalam) dalam keadaan sudah tidak bernyawa terapung di Kuala Tanjung, berhampiran muara Sungai Terengganu jam 7.23 pagi.

Dalam keadaan tenang, dia menerima suratan takdir yang ditentukan Allah SWT dan tidak henti melafazkan kalimah Alhamdulillah bersyukur dengan penemuan itu.

"Kehilangan anak... siapa yang tidak sedih tetapi kita sebagai umat Islam, wajib terima qada dan qadar Allah SWT.

"Malam tadi, saya dapat rasakan Abdul Bari dapat ditemui tetapi bukan di lokasi dia terjun ketika cuba menyelamatkan lima mangsa yang hampir lemas dan Alhamdulillah naluri itu benar dan dia ditemui 2.5 kilometer dari lokasi kejadian," katanya.

Katanya, jenazah anak ketiga daripada lapan beradik itu akan disembahyangkan di Masjid Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, Kuala Terengganu, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung berkenaan selepas solat Zuhur.

Dalam kejadian jam 9.40 malam kelmarin, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu memancing di pulau berkenaan terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima wanita yang hampir lemas selepas Mitsubishi Storm meluncur dan terjunam ke dalam air.

Bagaimanapun lima mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian. Lima lagi penyelamat berjaya naik semula ke tebing manakala Abdul Bari yang pertama terjun ke sungai itu lemas apabila kelibatnya tidak kelihatan di permukaan air.

Berita berkaitan \

'Ini janji Allah...'

'Ini janji Allah...'

Mayat Abdul Bari ditemui [METROTV]

Dua anjing pengesan tiba hari ini

'Kecanggihan ROV diharap kesan Abdul Bari'

'Kami sayang kamu Abdul Bari'

'Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari...'

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'iki meluncur sebelum terjunam ke muara Sungai Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 2:01 PM