Suspek ditahan reman tujuh hari. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
Suspek ditahan reman tujuh hari. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
Zatul Iffah Zolkiply


PENIAGA dipercayai mencabul anak tirinya untuk memuaskan nafsu, direman tujuh hari sehingga Sabtu ini.

Perbuatan tidak bermoral suspek berusia 46 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia sembilan mengadu kemaluannya sakit dipercayai akibat tindakan suspek memasukkan jari dalam alat sulitnya, Selasa minggu lalu.

Sumber berkata, mangsa memaklumkan suspek sudah beberapa kali melakukan perbuatan itu dan dia juga diganggu secara seksual ketika ibunya tiada di rumah mereka di Kuala Terengganu.

“Ibu mangsa berusia 40-an terkejut mendengar cerita anaknya, membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut dan membawa mangsa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk pemeriksaan,” katanya.

Terdahulu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret dan Sesyen Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 14A Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 4:47 PM