Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


ENAM pemancing yang dikhuatiri hilang ditemui dalam keadaan selamat dan akan dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Safee Abd Samad berkata, bot terbabit ditemui jam 4.30 petang hari ini kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Kendi.

Menurutnya, siasatan mendapati bot terbabit mengalami kerosakan enjin dan tiada liputan rangkaian telefon bimbit di lokasi berkenaan membuatkan mereka gagal dihubungi.

“Semua mangsa dalam keadaan selamat dan bot terbabit akan ditunda ke Jeti Batu Maung dan dijangka mengambil masa-masa kira tiga jam,” katanya.

Semua pemancing yang hilang dikenali Mohd Khairul Anuar Mohd Salleh, 30 (tekong); Mohd Azmil Abdul Rahman; 31, Mohd Faiz Ibrahim; 30, Lee Chee Sen, 49; Khairil Hafidzi Tajuddin, 31 dan Mohd Rajis Jamil, 35.

Dalam kejadian semalam, enam pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Pinang selepas keluar memancing dan semua ahli keluarga membuat laporan polis berhubung kes terbabit.

Berita berkaitan

Enam pemancing dikhuatiri hilang

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 5:46 PM
KELUARGA enam pemancing menunggu di jeti nelayan. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal