ANTARA 47 tahanan Malaysia mendapat bantuan dari pegawai Kementerian Luar untuk proses mendokumentasi di hotel di Kemboja sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. FOTO Ihsan Sumber
ANTARA 47 tahanan Malaysia mendapat bantuan dari pegawai Kementerian Luar untuk proses mendokumentasi di hotel di Kemboja sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. FOTO Ihsan Sumber
Ekhwan Haque Fazlul Haque


KECERIAAN jelas terpancar pada wajah rakyat Malaysia yang dibebaskan dari penjara di Poipet, Kemboja, menanti detik pulang ke tanah air.

Seramai 47 rakyat negara ini berusia 19 hingga 44 tahun dibebaskan 6.30 petang semalam selepas mendapat persetujuan kerajaan Kemboja.

Sumber berkata, kini rakyat Malaysia berkenaan menginap di hotel di daerah berkenaan sementara menanti proses dokumentasi selesai dijalankan pegawai Kementerian Luar.

Katanya, sebaik semua proses itu selesai, mereka akan pulang ke tanah air menggunakan pesawat komersial.

“Kini proses dokumentasi sedang giat dijalankan dan berharap ia selesai secepat mungkin.

“Rakyat kita bersemangat dan ceria untuk pulang ke Malaysia dan bertemu dengan keluarga masing-masing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam adalah detik terindah untuk 47 rakyat Malaysia selepas kerajaan Kemboja menerusi Perdana Menterinya Hun Sen bersetuju membebaskan mereka.

Keputusan itu dicapai hasil rundingan konsisten antara Kemboja dengan kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra dan kerajaan Sarawak dalam usaha membebaskan 47 rakyat negara ini selepas 65 hari ditahan tanpa perbicaraan.

Semua yang ditahan ke Kemboja Oktober lalu menggunakan beberapa penerbangan selepas ditawarkan pekerjaan oleh ‘agensi pekerjaan’ di negara ini.

Mereka dijanjikan gaji dalam dolar Amerika untuk bekerja sebagai ‘promoter’ bagi produk elektronik terkemuka.

Namun, impian mereka musnah selepas ditahan polis negara berkenaan pada 11 Disember lalu di rumah mewah kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian.

Berita berkaitan:

TUDM tunggu arahan penerbangan ihsan

[UPDATE] Bawa pulang segera

'Derita 65 hari berakhir'

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 11:25 AM