EMPANGAN Jus di Selandar, Jasin. FOTO Rasul Azli Samad
EMPANGAN Jus di Selandar, Jasin. FOTO Rasul Azli Samad
BERNAMA

Paras air di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah; Empangan Jus, Jasin dan Empangan Asahan, Jasin di Melaka berada pada tahap yang memuaskan.

, kata Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.

Beliau berkata sehingga semalam paras air di Empangan Durian Tunggal adalah pada 21,720 juta liter iaitu 70.4 peratus daripada kapasiti penuh empangan itu, menurun sedikit berbanding 71 pada hari sebelumnya.

Katanya paras air di Empangan Jus pula ialah 38,975 juta liter iaitu 90.2 peratus daripada kapasiti penuh juga menurun berbanding 91.1 peratus pada hari sebelumnya, manakala paras air Empangan Asahan pada 325 juta liter atau 86.9 peratus iaitu kekal berbanding hari sebelumnya.

“Pihak Badan Kawal Selia Air Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad memantau paras air (di empangan) ini setiap hari, dan agensi terbabit sentiasa bersiap sedia bagi memastikan paras air tersebut berada dalam keadaan memuaskan.

“Saya yakin pihak berkuasa yang terbabit berupaya memastikan pengurusan empangan dijalankan dengan baik mengikut peraturan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

– BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 3:57 PM