Lokasi kemalangan yang membabitkan lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terlanggar tiang di tengah jalan. FOTO Ihsan PDRM
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


JURUWANG kedai serbaneka maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar tiang lampu di Jalan Taman Tunku Intan Safinaz, di Jitra, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada 7.15 malam ketika mangsa, Muhammad Hazim Mat Isa, 18, dalam perjalanan dari arah Bandar Darulaman menghala ke Jalan Taman Tunku Intan Safinaz.

“Ketika melalui jalan berkenaan, mangsa tiba-tiba hilang kawalan pada motosikalnya menyebabkannya terbabas sebelum merempuh tiang lampu di jalan berkenaan.

“Mangsa parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Februari 2019 @ 11:07 AM