MANGSA maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta. FOTO ihsan Polis
MANGSA maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta. FOTO ihsan Polis
Junaidi Ladjana


LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kampung Luagan, Jalan Luagan, Beaufort, semalam.

Dalam kejadian 4.20 petang itu, Chong Chee Kiong, 29, beralamat Kampung Batu 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari kampung Luagan menuju ke pekan manakala pemandu kereta dari pekan menuju Kampung Luagan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian dengan keadaan jalan berselekoh, penunggang disyaki masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta.

“Akibat daripada itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 38 tahun tidak cedera,” katanya.

Azmir berkata, kejadian itu turut menyebabkan motosikal mangsa remuk teruk di bahagian hadapan manakala kereta rosak di hadapan sebelah kanan.

“Keadaan jalan berselekoh, rata dan berturap.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Februari 2019 @ 8:22 AM