ANTARAwarga asing yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam Ops Bersepadu di sekitar daerah Kota Setar. FOTO Ihsan JIM
Zuliaty Zulkiffli


SERAMAI 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam operasi Ops Bersepadu di sekitar Alor Setar, semalam.

Kesemua mereka ditahan terdiri daripada tiga wanita dan seorang kanak-kanak warga Indonesia berusia setahun, tiga warga Bangladesh dan enam warga India yang berusia sekitar setahun hingga 50 tahun.

Pengarah JIM Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi disertai 14 anggota dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah dan melakukan pemeriksaan terhadap 52 orang warga asing di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) di bawah akta yang sama iaitu tinggal lebih masa.

Katanya, kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 9:58 AM