PEKERJA warga Thailand yang sedang mengurut pelanggan mereka di pusat urut di Alor Setar ditahan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah kerana melanggar syarat pas lawatan bekerja dalam Ops Gegar. FOTO Ihsan JIM
PEKERJA warga Thailand yang sedang mengurut pelanggan mereka di pusat urut di Alor Setar ditahan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah kerana melanggar syarat pas lawatan bekerja dalam Ops Gegar. FOTO Ihsan JIM
Zuliaty Zulkiffli


SERAMAI 12 wanita warga asing yang sedang mengurut pelanggan, terkejut apabila premis mereka bekerja di Alor Setar diserbu pihak berkuasa, semalam.

Berikutan itu, lima wanita warga Thailand antara 26 hingga 42 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan disebabkan bekerja secara tidak sah.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi ‘Ops Gegar’ disertai 12 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah yang bermula 9.22 malam hingga 9.50 malam.

Beliau berkata, seramai 12 orang pekerja di pusat urut itu dari pelbagai negara diperiksa dan lima daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, premis ini sudah enam bulan beroperasi dengan turut menjadi pusat kecantikan dan spa.

“Tukang urut warga asing ini turut bekerja sebagai GRO di premis ini,” katanya, hari ini.

Pihaknya turut mengesyaki tukang urut berkenaan ada menawarkan khidmat ‘tambahan’ seperti urutan seks di premis itu.

“Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 39(b)

Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan berkerja

secara tidak sah.

“Kesemua ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 1:03 PM