Alias Abd Rani


TEKA-teki terjawab dan Samsung sudah melancarkan empat peranti dengan tri-kamera serentak minggu lalu yang terdiri Samsung Galaxy S10, S10+, S10e dan S10 5G yang masing-masing mempunyai saiz skrin berbeza.

Ini ialah kali pertama Samsung melancarkan empat peranti mercu secara serentak, jadi mungkin ada antara kita terlepas pandang beberapa fungsi menarik yang diperkenalkan bersama peranti terbaru ini.

Reka Bentuk Mercu

Keempat-empat peranti ini menampilkan reka bentuk mercu tercanggih sejak Samsung Galaxy S1 dilancarkan sedekad yang lalu.

Peranti keluarga Galaxy S dilengkapi skrin SAMOLED sekali gus menjadikannya telefon pintar paling ramai diminati.

Adalah sinonim bagi peranti keluaran Samsung mengumumkan sejumlah inovasi baru dalam bahagian paparan peranti. Untuk Galaxy S10, beberapa daripadanya sudah pun digunakan seperti Infiniti-O.

Selain itu, ia menggunakan pendekatan notch untuk capai paparan berbingkai nipis. Rekaan ini dihasilkan untuk mengelakkan takuk timbul pada skrin.

Ini memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna menonton filem, membaca buku dan bermain permainan pada skrin peranti 19: 9 Display Infiniti-O yang mendalam.

Mempunyai reka bentuk kamera dalam paparan yang maksimum dengan ditutupi sensor dan teknologi kamera ke dalam lubang kecil.

Walaupun skrin lebih besar dan visual mendalam, model Galaxy S10 mempunyai ciri-ciri reka bentuk lebih langsing dan ringan berbanding edisi lalu.

Setiap Galaxy S10 boleh didapati dalam pelbagai warna menarik, termasuk Prism White, Prism Black, Prism Green. Selain itu, terdapat juga warna tambahan termasuk Black Ceramic dan White Ceramic untuk model S10+ yang dilengkapi dengan 512 GB memori.

SAMSUNG Galaxy S10, S10+, S10e dan S10 5G yang dilancarkan serentak minggu lalu.

Kamera Epik

Galaxy S10 didatangi dengan kamera tercanggih yang membawa imej kehidupan melalui gabungan teknologi baru dan canggih.

Anda hanya perlu menetapkan gambar menerusi lensa berkuasa yang membolehkan menangkap lebih banyak detik terindah.

Setiap Galaxy S10 dilengkapi dengan lensa Ultra Wide 123-darjah yang mempunyai pandangan seakan mata manusia. Ia juga dilengkapi kamera dengan 12MP, Wide angle, Dual Aperture, kanta Super Speed Dual Pixel.

Ketiga-tiga kamera belakang Galaxy S10 dan S10+ juga termasuk lensa Telephoto (zoom) 12MP.

Setiap Galaxy S10 juga dilengkapi dengan kamera depan 10MP, UHD, Dual Pixel depan yang sempurna untuk mengambil gambar swafoto berkualiti tinggi. Manakala Galaxy S10 + dipasangkan dengan kanta kedalaman RGB untuk keupayaan tambahan.

Bagi mereka bekerja di sebalik tabir, kamera peranti ini membantu anda merakam gambar terbaik melalui Unit Pemprosesan Neural (NPU) sekali gus memperkemaskan pemprosesan imej dan menjadikan ciri seperti Optimizer Scene lebih baik.

Kamera Samsung Galaxy S10+ juga merakam video ke peringkat seterusnya dengan teknologi penstabilan video Super Steady, yang membolehkan anda mengambil video pada saat paling aktif.

Video ini seolah-olah anda berada di tengah-tengah konsert yang menakjubkan atau ketika menunggang basikal. Dalam industri, kamera belakang juga membolehkan anda merakam dalam HDR10 + untuk video terperinci.

Paparan Dinamik

Galaxy Siri S mempunyai sejarah dalam memperkenalkan teknologi pertama dalam paparan dan kemudiannya ditingkatkan untuk keluaran S10.

Melalui teknologi ini, ia mampu menghasil jutaan warna dengan kekuatan 100 peratus volume dalam DCI-P3. Manakala AMOLED Dinamik menawarkan kontras luar biasa untuk kelihatan lebih gelap dan terang.

Paparan AMOLED Dinamik juga termasuk sistem pengenalan cap jari yang memaparkan tahap keselesaan dan keselamatan baru untuk membuka kunci telefon anda.

Pengimbas Cap Jari Ultrasonik baru dari Samsung menggunakan gelombang ultrasonik untuk memetakan corak unik dan mempunyai algoritma anti-spoofing yang membolehkannya mengenali cap jari sebenar.

Pengecas pilihan berkuasa

Bagi menyokong sistem pengecas tanpa wayar berkelajuan tinggi, Galaxy S10 menampilkan inovasi pengecasan tanpa wayar yang baru yang akan mengubah cara anda mengendalikan peranti anda yang lain.

Teknologi Wireless PowerShare3 Galaxy S10 membolehkan anda berkongsi caj dengan telefon yang serasi. Ini bermakna jika anda berada di luar atau kekurangan bateri, anda tidak perlu bimbang - cuma perlu sesuaikan kedua-dua telefon untuk pengecasan tanpa wayar dengan hanya meletakkannya di belakang peranti yang lain.

Pengecasan tanpa wayar serasi dengan peranti keluaran Samsung atau jenama lain yang mempunyai WPC Qi .di mana juga termasuk Galaxy Watch Active, Gear Sport, Gear S3, Galaxy Watch (46 / 42mm), dan Galaxy Buds.

Justeru, pengguna ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy S10 bolehlah berkunjung ke jelajah Samsung pada hari ini.

Setiap pembelian dalam jelajah ini menawarkan promosi percuma Galaxy Buds (fon telinga tanpa wayar) bagi model S10e, percuma Galaxy Buds (fon telinga tanpa wayar) dan pelindungan skrin Plus untuk (S10|S10+ dengan 128GB memori) manakala S10+ dengan 512GB memori menawarkan Galaxy Watch Active dan perlindungan skrin Plus secara percuma.

Lokasi jelajah berlangsung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur (10 pagi hingga 10 malam); Queensbay mall, Pulau Pinang (10 pagi-10.30 malam), Aeon Tebrau City, Johor Bahru bermula jam 10 pagi hingga 11 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 6:45 PM