PENGARAH Eksekutif Kumpulan LBS, Dato’ Cynthia Lim (kiri keempat) mengambil gambar dengan kakitangan LBS di kempen HOC 2019.
LBS

MEMILIKI rumah selesa adalah impian setiap individu terutama bagi golongan muda sudah berkeluarga namun kekangan kewangan serta kos sara hidup yang tinggi membuatkan ramai yang belum memiliki rumah sendiri.


Memahami keadaan ini, LBS Bina Group Berhad (LBS) menjanjikan tawaran istimewa sempena Ekspo Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari sejak semalam.


Pelbagai tawaran menarik disediakan menerusi program ganjaran hebat LBS Bonus Kaw2 bagi memenuhi gaya hidup pembeli rumah kini yang sentiasa berubah dan menyokong seruan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah.


Antaranya insentif sehingga RM188,000, rebat tambahan 2 peratus untuk pembeli berulang dan insentif rujukan 1 peratus untuk setiap rumah yang dibeli (tertakluk pada terma dan syarat).

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, pihaknya bangga menjadi ‘pemaju hartanah rakyat’ sebagai bukti komited dalam menyokong arah tuju kerajaan untuk pemilikan rumah.

Katanya, pembangunan LBS juga mendapat sambutan hangat daripada pembeli rumah kerana ia memenuhi tiga kriteria penting iaitu mampu dimiliki, kesalinghubungan dan komuniti.

“Nilai LBS juga terletak dalam produk yang inovatif, siap pada tempoh ditetapkan, reka bentuk berkualiti, lokasi strategik dan paling penting, mempunyai struktur harga yang betul.

“Selain itu, semua pembeli rumah yang membeli hartanah dalam tempoh kempen HOC 2019 akan menikmati sekurang-kurangnya 10 peratus diskaun harga serta pengecualian duti setem pada memorandum pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk hartanah yang memenuhi kriteria pengecualian.

“Ini pastinya peluang terbaik bagi pembeli rumah untuk mencari rumah impian mereka pada harga terbaik kerana banyak pemaju hartanah menawarkan pakej istimewa.


“Selain mendapat tawaran yang baik, mereka yang membeli untuk kediaman sendiri juga perlu mempertimbangkan faktor lain seperti lokasi, kemudahan dan saiz unit yang sepadan dengan gaya hidup sendiri,” katanya.

Hartanah utama yang akan dipamerkan termasuk rumah kediaman LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam; Kita @ Cybersouth, Dengkil; Desiran Bayu dan D’ Island Residence di Puchong.

Begitu juga pembangunan bertingkat tinggi seperti Residensi Bintang Bukit Jalil di Bukit Jalil; BSP21 dan BSP Skypark di Bandar Saujana Putra; LBS SkyLake Residence di Puchong dan Zenopy Residences di Seri Kembangan.

Tahun lalu, LBS berjaya menyerahkan lebih daripada 35,000 hartanah berkualiti hingga berjaya mencapai jualan RM1.53 bilion sekali gus mencatat pertumbuhan positif buat tahun keempat berturut-turut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah LBS, sila lawati tapak 4079 (Dewan 4) dari jam 10 pagi hingga 8 malam sepanjang ekspo berlangsung dari 1 hingga 3 Mac, jam 10 pagi hingga 8 malam atau hubungi 1700 81 8998 atau layari www.lbs.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 8:02 AM