Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

Memiliki Honda HR-V RS terbaru bernilai lebih RM120,000, nyata impian ramai. Kini impian itu bakal direalisasikan dengan menyertai Peraduan ‘JOM BER-FABULOUS’ anjuran Guardian Malaysia bersempena Hari Wanita Sedunia 2019.

Berlangsung sehingga 31 Mac ini, peraduan ini turut menawarkan hadiah lain berjumlah lebih RM150,000 .

Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, DY Cho berkata, Peraduan ‘JOM BER-FABULOUS’ adalah salah satu daripada banyak kempen serta promosi dan dianjurkan selama ini.

Katanya, peraduan ini diadakan bertujuan mengiktiraf peranan luar biasa yang dimainkan wanita dalam menjaga kesejahteraan keluarga sempena Hari Wanita Sedunia.

“Sepanjang Mac ini, kami menyediakan banyak tawaran istimewa dan menggalakkan semua termasuk pelanggan lelaki menyertai peraduan ini bagi memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

“Selain daripada hadiah utama kereta Honda HR-V RS, Guardian juga menawarkan hadiah menarik lain iaitu pakej percutian eksotik, pengalaman spa dan urutan untuk dua orang ke Dubai, Maldives dan Bali. 20 hadiah saguhati berupa baucer membeli-belah Guardian bernilai RM500 juga ditawarkan,” katanya.


Untuk menyertai peraduan ini cukup mudah. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM10 termasuk satu jenama promosi.

Pelanggan juga boleh menghantar seberapa banyak penyertaan apabila mereka membeli barangan kesihatan, kecantikan dan keperluan lain di Guardian sepanjang Mac ini.

Borang penyertaan boleh didapati di semua stor Guardian dan dalam talian bermula 1 Mac 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 3:45 PM