TEO (tengah) bertanya khabar kepada pelajar SMK Taman Pasir Putih yang menerima rawatan di HSI. FOTO Hairul Anuar Rahim
TEO (tengah) bertanya khabar kepada pelajar SMK Taman Pasir Putih yang menerima rawatan di HSI. FOTO Hairul Anuar Rahim
Nurul Amanina Suhaini


“TEKAK mula rasa loya hingga muntah sebelum ibu membawa ke hospital 10.30 malam tadi,” kata Intisaar Nazihah Mohd Nazri, 16, antara pesakit baharu yang dimasukkan ke wad Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, awal pagi tadi.

Intisaar Nazihah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih berkata, dia dimasukkan ke wad selepas keadaan kesihatannya menurun dipercayai kesan terhidu bau gas dipercayai metana dalam kejadian di sekolahnya semalam.

“Kesan sampingan dirasai selepas terhidu gas petang semalam dan itupun hanya simptom kecil dengan rasa loya dan mual.

“Namun, menjelang malam keadaan kesihatan saya semakin menurun hingga terpaksa dibawa ke hospital dan ditahan di wad sehingga kini,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di HSI, hari ini.

Menceritakan kembali keadaan di sekolah, Intisaar Nazihah berkata, ketika di kelas mereka terbau seperti minyak tanah yang sangat kuat, menyebabkan masing-masing menutup hidung dan terdiam.

Katanya, pada 10.30 pagi, guru mengarahkan pelajar berkumpul di suatu kawasan di sekolah itu.

“Sebaik diarahkan turun ke tingkat bawah untuk berkumpul, tiba-tiba saya nampak ada dua kawan sudah terbaring, selain ada yang pengsan,” katanya.

Sementara, Suri rumah, Echa Anak Paoh, 42, berkata, pada awalnya dia hanya menutup penghawa dingin di rumahnya kerana menyangka bau busuk berpunca dari kebocoran perkakasan elektrik itu kira-kira 2 pagi.

“Saya juga ingatkan bau gas dapur, lalu saya ke dapur untuk tutup gas dapur. Namun bau tetap tidak hilang, saya pun buka pintu rumah rupa-rupanya bau datang dari luar.

“Keesokan harinya, anak saya, Harry Martin Anak Ebon, 17, ke sekolah seperti biasa, namun tiba-tiba saya dapat panggilan daripada sekolah untuk mengambil anak kerana sekolah tutup.

“Bagaimanapun, setibanya di sekolah, saya cari dia (anak) tiada. Kemudiannya ada petugas perubatan maklum anak saya sudah dimasukkan ke hospital,” katanya.

Berita berkaitan

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 1:52 PM