Kolam memancing tempat mangsa ditemui pengsan. FOTO Izlaily Nurul Ain Hussein
Kolam memancing tempat mangsa ditemui pengsan. FOTO Izlaily Nurul Ain Hussein
Izlaily Nurul Ain Hussein


PEKERJA kolam memancing di Jalan Cermai 2, Taman Kota Masai di sini, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, awal pagi tadi selepas pengsan selepas mendakwa terhidu bau bahan kimia dipercayai tumpahan gas metana.

Pekerja wanita berusia 30-an itu yang bekerja syif malam di kolam berkenaan pengsan ketika sedang duduk berhampiran di kolam memancing itu.

Seorang pekerja kolam memancing itu yang enggan dikenali berkata, wanita berkenaan dikatakan meronda keliling kawasan kolam itu dan mendakwa terhidu bau yang tidak menyenangkan.

“Sebenarnya kawasan kolam memancing ini tidaklah terlalu dekat dengan sungai, agak jauh dari lokasi yang didakwa tempat pembuangan bahan kimia itu.

“Mungkin kerana angin yang membawa bau itu menyebabkan pekerja terbabit terhidu atau mungkin juga dia sememangnya tidak sihat, saya tidak pasti.

“Seorang lagi rakan pekerja dan beberapa orang pemancing yang turut berada di kolam tidak pula mendakwa mengalami sesak nafas dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di kolam memancing itu, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Datuk Yahaya Madis berkata, mangsa yang pengsan itu disyaki mempunyai kaitan dengan insiden tumpahan bahan kimia, semalam.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada 2.41 pagi dan pemanggil memaklumkan terdapat bau tidak menyenangkan di kawasan rumah berdekatan kolam memancing itu.

“Terdapat seorang mangsa pengsan dipercayai terhidu bahan kimia. Mangsa sudah dihantar ke HSI dan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) diarahkan membuat pemantauan di lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, hasil pemeriksaan HAZMAT di kawasan kolam memancing dan kawasan mangsa dijumpai pengsan mendapati bacaan udara di dua lokasi itu tiada pencemaran dan berada pada paras selamat.

Berita berkaitan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 4:31 PM