ANGGOTA polis membawa suspek lelaki ke rumahnya untuk mencari bukti berkaitan kes bunuh Nur Aisyah Aleya. FOTO Ihsan PDRM
Hamzah Osman


POLIS merampas dua penyangkut baju dan pakaian dipakai suspek lelaki dalam siasatan semula di rumah suspek di Kuarters Hospital Langkawi, hari ini.

Dua bahan bukti itu dirampas polis dalam rumah terbabit selepas ditunjukkan suspek berusia 37 tahun itu, 3 petang ini.

Rampasan terbaru itu adalah bukti kedua, selain toto dengan titisan darah yang diambil polis dari lokasi kejadian bunuh kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, dipercayai 16 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, kejayaan itu berikutan kunjungan semula pasukan penyiasat ke lokasi yang turut disertai suspek lelaki dan wanita, masing-masing berusia 37 dan 40 tahun.

“Dua penyangkut baju yang dirampas itu dipercayai digunakan oleh suspek lelaki untuk mendera mangsa ketika mangsa dalam penjagaannya.

“Penyangkut baju dan pakaian yang dipakai suspek lelaki pada hari kejadian yang dirampas akan dibawa ke Jabatan Kimia, Isnin ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Iqbal dilaporkan berkata, polis telah menemui cebisan mayat iaitu tiga gumpalan rambut, dua batang gigi dan satu tengkorak kepala mangsa di tempat pembuangan mayat oleh suspek dalam hutan Jalan Gunung Raya, Langkawi.

Difahamkan, cebisan mayat itu yang kini dalam simpanan polis dijangka dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, esok.

Mohd Iqbal dipetik sebagai berkata, bedah siasat akan dilakukan pada Ahad ini, selepas itu cebisan mayat itu akan dibawa ke Jabatan Kimia untuk dianalis.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan gaung di Jalan Gunung Raya, 11 pagi Rabu lalu, selepas suspek lelaki menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang dipercayai dilakukan pada 16 Februari lalu.

Berita berkaitan

Polis masih cari cebisan mayat Aleya

[UPDATE] Polis rakam percakapan lima anak suspek

Kes Aleya: Polis jumpa dua gigi, gumpalan rambut

Suspek bunuh Aleya direman

Toto berdarah di bilik Aleya

[UPDATE] Bedah siasat Jumaat ini

'Achik, Aleya dah mati...'

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 6:21 PM