Polis kesan Ahmad Harith bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan PDRM
Iskandar Shah Mohamed


POLIS sedang mengesan lelaki bagi membantu siasatan satu kes bunuh di sekitar Pandamaran, Klang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu membabitkan lelaki berusia 42 tahun di Jalan 2, Pandamaran Jaya, jam 4 pagi, 17 September lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di perut dengan senjata tajam dan disahkan meninggal dunia sehari selepas kejadian ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Seorang saksi dikenal pasti bagi membantu siasatan iaitu Ahmad Harith Ng Abdullah, 20, yang beralamat di Pelangi Court off Jalan Meru, Klang,” katanya.

Shamsul Amar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Syed Mohd Robart di talian 019-7505555 atau Hotline IPD Klang Selatan iaitu 03-33762222,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 11:21 AM