ANTARA barangan yang dicuri. FOTO Ihsan Polis
ANTARA barangan yang dicuri. FOTO Ihsan Polis
Mohd Hafizee Mohd Arop


EMPAT sekeluarga membabitkan nenek, emak dan dua anak lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencuri pelbagai barangan di sebuah pasar raya di Taman Pusing Hijau, Pusing, Batu Gajah, semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, keluarga berkenaan dipercayai memasuki pasar raya berkenaan dan ke ruang barangan keperluan dapur sebelum keluar serta melarikan diri tanpa membuat bayaran.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penyelia pasar raya itu kemudiannya memeriksa barangan di ruangan berkenaan sebelum mendapati beberapa kotak susu, susu tin, minyak masak dan penyembur serangga dicuri.

Katanya, penyelia berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pusing.

Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan, polis berjaya mengesan keluarga terbabit yang menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna putih di stesen minyak berdekatan.

“Polis berjaya mengesan kesemua mangsa jam 6.30 petang di sebuah stesen minyak berdekatan dan merampas kesemua barangan yang dipercayai dicuri dari pasar raya berkenaan.

“Kesemua barang yang dipercayai dicuri itu ditemui di bahagian belakang bonet kereta Proton Saga dan kesemua suspek ditahan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, keempat-empat suspek yang ditahan itu berusia 17 hingga 60 tahun dan kesemua mereka mempunyai pertalian kekeluargaan.

Katanya, barangan yang berjaya dirampas adalah 14 kotak susu bayi, dua bungkus Nestum, Milo (1), minyak masak (2), penyembur serangga (5) dan pelbagai jenis pakaian dengan nilai kerugian RM900.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 2:39 PM