MOHD Syukur dikehendaki bermalam di wad untuk membolehkan doktor membuat pemantauan terhadap kesihatannya. FOTO NSTP
Helmy Abd Rahman


‘BUDAK kerbau’, Mohd Syukur Khamis, 14, dikehendaki bermalam di wad untuk membolehkan doktor membuat pemantauan terhadap kesihatannya.

Dia yang juga dikenali ‘Mowgli Malaysia’, dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), 11.30 malam ini.

Bagaimanapun, sumber memberitahu NSTP, remaja itu mungkin dibenarkan keluar esok.

Mohd Syukur sebelum itu menjalani prosedur imbasan kepala di Wad Kecemasan HSNZ selepas terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lagi, jam 8 pagi semalam.

Abangnya, Mohd Alias Khamis berkata, selepas terjatuh, adiknya itu mengadu pening kepala sebelum termuntah.

“Dia jatuh ketika sedang menjalani sesi fotografi bersama jurugambar dari Pulau Pinang, mungkin belakang kerbau itu licin.

“Selepas itu dia mengadu pening dan saya suruh dia berehat. Petang tadi (semalam) dia sempat mengikut saya keluar ke bandar raya Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun ketika hampir Maghrib tadi dia muntah lagi dan kami sekeluarga ambil keputusan menghantarnya ke HSNZ untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Mohd Syukur jalani prosedur imbasan kepala

'Budak kerbau' Mohd Syukur masuk wad kecemasan

Kerbau macam rakan saya - Mohd Syukur [METROTV]

Tuah gambar 'Mowgli Malaysia'

Syukur 'The Kampung Boy' bintangi telefilem

'Mowgli Malaysia' turun padang jumpa peminat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 12:35 AM