SUASANA di pekarangan KOMTAR, Georgetown bagaikan pesta apabila penduduk PPR Taman Manggis yang diusir membuat barbeku, malam ini. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal.
Hadzlihady Hassan


SUASANA di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, malam ini bagaikan pesta apabila ahli keluarga penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang diusir, membuat barbeku di kawasan terbabit.

Majlis barbeku sempena malam terakhir serta simbolik solidariti terhadap nasib malang menimpa keluarga penyewa terbabit yang kini berteduh di pekarangan KOMTAR itu bermula pada 9 malam.

Antara juadah disediakan ialah 10 ekor ayam, 20 ikan siakap, sosej dan pelbagai makanan ringan untuk hidangan kepada seramai 200 orang.

Difahamkan, kumpulan penduduk yang ‘berkampung’ itu bertindak sebagai petugas dengan kos keseluruhan majlis barbeku itu ditaja sepenuhnya individu enggan dikenali.

Sejumlah enam keluarga membabitkan hampir 40 isi rumah diusir dari unit kediaman masing-masing di PPR Taman Manggis dan berteduh di KOMTAR, sejak lima hari lalu.

Berita berkaitan

Pengusiran penduduk tak sah - Peguam [METROTV]

Kerajaan negeri kena jumpa penyewa

Diberi hotel, nak balik rumah pula...

'Sila bertenang, beri kerjasama...'

'Terpaksa merempat di KOMTAR [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 11:04 PM