Vivo Malaysia

Kuala Lumpur: Belum pun memasuki pertengahan tahun, beberapa telefon pintar sudah membanjiri pasaran dengan masing-masing cuba menonjolkan kelainan serta kualiti yang terbaik.

Perang teknologi pada hari ini membuatkan pengguna lebih berhati-hati memilih peranti yang mana lebih sesuai serta berbaloi.

Vivo menerusi V15 Pro yang dilancarkan baru-baru ini, memberi 10 sebab mengapa anda perlu memilikinya.


• Kamera hadapan boleh laras 32MP

Pasti anda tidak percaya apabila mendapat tahu V15 Pro memiliki kamera 32MP.

Ini membolehkan pengguna merakam swafoto tahap tertinggi.

Didatangi dengan paparan skrin penuh hasil revolusi teknologi canggih terutama dalam kamera hadapan, kamera V15 Pro berfungsi menggunakan mikro bermotor yang dipasang dalam peranti membolehkan ia bergerak secara mekanikal.

Apa yang menariknya, kepantasan teknologi ini membuatkan anda tidak menunggu lama untuk merakam gambar kerana kamera akan muncul dalam tempoh 0.46 saat.


• Paparan skrin penuh

Dengan saiz 6.39 inci, paparan Super AMOLED 19.5: 9 menghasilkan rekaan visual mengagumkan. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 675, juga rekaan bingkai skrin yang lebih nipis. Dengan trend butang fizikal Google Assistant, Vivo turut sertakan butang ini pada V15 Pro.

Di samping itu, jika menggunakan alat pendengar, cahaya dan butang sensor disembunyi dari pandangan.

Takuk di bahagian atas masing-masing dikecilkan kepada 1.75 milimeter (mm) dan 2.2mm, sekali gus melebarkan nisbah skrin peranti kepada 91.64 peratus. Inilah yang ditunggu-tunggu penggemar peranti seperti ini yang mampu menghadirkan pengalaman menakjubkan.


• Tri-kamera

Dua mungkin tidak mencukupi apatah lagi satu, tetapi V15 Pro dicipta dengan tiga kamera yang membawakan gambar lebih jelas, walaupun dalam gelap.

Dengan Sensor 48 Juta Quad Pixel, Kamera Lebar AI Super 8 Wide AI, Kamera Lalat 5MP dan algoritma AI dinaik taraf, ia memperluaskan perspektif anda yang belum pernah dilalui sebelum ini.

Tambah pula pelbagai ciri-ciri fotografi kegemaran anda dinaik taraf, dari AI Body Shaping hingga AI Portrait Lighting, menambahkan lagi keseronokan setiap kali bergambar.

Kamera utama V15 Pro mempunyai sensor 1/2.25 inci, aperture F/1.8 yang besar, dan 48 juta piksel fizik dengan saiz 0.8μm.

Untuk meningkatkan kualiti foto sensitif dan gambar, V15 Pro menggunakan teknologi ‘empat dalam satu piksel’ yang lebih profesional dengan menggabungkan empat piksel bersebelahan ke dalam piksel besar bersaiz 1.6μm, memberikan gambar kualiti bersaiz 12MP, sekali gus memperlihatkan gambar watu malam lebih jelas berbanding sebelum ini.


• Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan

Selepas lima generasi, V15 Pro menampilkan teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan terkemuka. Ketepatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma lebih canggih, membolehkan pengguna membuka kekunci lebih cepat, lebih bergaya dan selamat.

• Al Super Wide Angle

Kamera Al Super Wide Angle meluaskan pandangan anda hingga 120 darjah, jadi anda boleh memuatkan lebih ramai orang untuk menangkap gambar, melakukan pelbagai aksi dan adegan yang paling indah.

Paling penting, lensa dihasilkan mampu menangkap gambar sehingga posisi 109°.


• Mod malam

Tidak perlu risau jika ada majlis yang diraikan dalam suasana gelap. V15 Pro dengan Mod Malam AI Super akan menyelesaikan masalah gambar yang tidak jelas dalam gelap.

Ia berfungsi dengan serta-merta menangkap banyak foto pada pendedahan yang berbeza, menggabungkan mereka untuk meningkatkan kecerahan dan kejelasan.

• Paparan Super AMOLED

Paparan ini dihasilkan dengan bahan pencahayaan E2 yang lebih tinggi kualitinya. Ia mempunyai liputan warna 100% P3, 10,000,000: 1 warna kontras, warna ultra tinggi dan penggunaan kuasa lebih rendah, membawa anda ke dunia lebih jelas dengan warna tulen.

• Kepantasan caj dengan dua enjin

Kuasa bateri pada peranti adalah penting bagi menentukan sejauh mana ia bertahan. Walaupun nipis dan ringan V15 Pro memiliki bateri 3700mAh dengan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging dan dalam masa 15 minit, ia mampu mencapai 24%.

Dengan bateri sebesar itu, anda boleh bermain game sesuka hati tanpa perlu menggunakan power bank.

• Bentuk AI yang langsing

Ia membolehkan anda menyesuaikan setiap kedudukan seperti disyorkan atau menetapkan pilihan secara manual. Ia nampak lebih langsing yang membuatkan seseorang lebih anggun.

• Mod permainan 5.0

Kami tahu permainan dalam telefon pintar amat penting untuk anda, amat sesuailah dengan Game Mode 5.0 yang dicipta untuk anda lebih seronok. Ketika kelajuan meningkat, cahaya pantas Dual-Turbo amat diperlukan pemain game.

Kedua-dua akan meningkat permainan lebih lancar mengurangkan frame sebanyak 300 peratus, sekali gus memberikan permainan paling menyeronokkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 2:28 PM