ANGGOTA Hazmat dan pegawai JAS mengambil sampel bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, semalam.
Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid


“TOLONG saya, buatlah keputusan hari ini, jangan tunggu sampai hari Isnin untuk bahas. Itu minggu depan,” rayu Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, nyawa rakyat di kawasan terjejas akibat pencemaran udara berikutan pembuangan sisa toksid beracun di Sungai Kim Kim umpama di hujung tanduk.

“Kerana itu usul mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang mesti dibahas hari ini.

“Saya sudah menyerahkan usul itu untuk Speaker benarkan bahas hari ini. Kerajaan Pusat mesti isytihar darurat,” tegasnya ketika Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau bertanyakan soalan tambahan ketika sesi MQT Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin.

Semalam 111 sekolah di seluruh Pasir Gudang ditutup berkuatkuasa serta-merta susulan pencemaran bahan kimia di daerah itu sejak 7 Mac lalu.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan medianya 10.30 malam tadi berkata, semua sekolah berkenaan ditutup bermula hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 12:44 PM