Hamizah Badiran

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti Nur Fasha Sandha, 34, dan Aidil Aziz, 32, yang kini sibuk menguruskan majlis perkahwinan mereka, turut merakamkan gambar pra perkahwinan di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Bagai pinang dibelah dua, gambar berkenaan yang dikongsi Fasha menerusi akaun Instagramnya mendapat ribuan 'like' daripada peminat yang tidak sabar untuk melihat mereka di pelamin.

Tampil mempesona dengan gaun pengantin berwarna putih gading daripada Azura Couture, seri pengantin begitu terserlah pada wajah Fasha.

Tambah menarik, gambar yang dirakam menggunakan HUAWEI siri P30 itu mempamerkan kehebatan peranti baru dengan zoom pada tahap maksima dengan begitu baik.





Tiga gambar mereka yang digabungkan itu menunjukkan keupayaan peranti berkenaan merakam gambar dari jarak jauh, dekat dan sangat dekat sehingga memperlihatkan perincian jahitan aksesori pada busana pengantin dengan sangat jelas.

Satu-satunya pengeluar telefon pintar yang mampu menghasilkan teknologi mengagumkan seperti ini adalah HUAWEI kerana ia sentiasa dikenali dengan kehebatan kamera dimiliki.

Sebelum ini, Huawei P20 dinobatkan telefon pintar dengan kamera terbaik daripada DxOMark untuk kedua-dua model P20 dan Mate 20 Pro yang mempunyai tiga kamera, masing-masing merekodkan 109 markah.



Justeru, sudah pasti dengan perkongsian gambar terbaru daripada pasangan sama cantik sama padan ini, ia membuatkan orang ramai tertunggu-tunggu sistem kamera yang bakal dibawa oleh siri HUAWEI P30.

Selain itu, HUAWEI sentiasa memberikan hadiah hebat ketika melancarkan produk terbaru dan kali ini storan luaran dengan kapasiti 1TB yang secara automatik boleh 'sync' dengan telefon pintar dan memindahkan gambar ke dalamnya bakal menjadi rebutan.

Ia bagai peneman hidup sempurna yang membolehkan memori anda tersimpan kemas di dalamnya tanpa perlu berasa risau setiap gambar berkenaan akan hilang.

Apa lagi yang HUAWEI P30 mampu lakukan? Nantikan tanggal 26 Mac ini untuk melihat lebih banyak gambar menarik pasangan sejoli ini daripada HUAWEI.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 4:36 PM