RAKAMAN menunjukkan polis bergegas ke lokasi kejadian. FOTO AFP/ TV New Zealand
Siti A’isyah Sukaimi


RAKYAT Malaysia yang tinggal di New Zealand, khususnya di Christchurch diminta supaya memeriksa keluarga dan rakan masing-masing, jika ada yang terbabit atau tercedera, susulan kejadian tembakan di sebuah masjid di negara itu.

Menerusi kenyataan pada Facebook Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mereka boleh menghubungi di talian +64-210440188 dan +64220662118 atau menerusi e-mel, [email protected].

Katanya, rakyat Malaysia di sana juga dinasihatkan supaya berada di dalam rumah serta mematuhi arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke masa.

Sementara itu, sumber Kementerian Luar memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklumat berhubung kejadian itu.

Media antarabangsa melaporkan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand.

Dilaporkan beberapa mangsa maut atau cedera, lapor media tempatan.

Tembakan dilepaskan di dalam sebuah masjid di Hagley Park, Christchurch dan polis juga dikerahkan ke sebuah lagi masjid di Linwood.

Sehingga kini, polis tidak mengeluarkan kenyataan sama ada kejadian itu berlaku di dalam masjid atau sekitarnya dan tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah korban.

Berita berkaitan

Siar serangan secara langsung

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 12:27 PM