PEGAWAI polis memantau kawasan luar Masjid al Noor. FOTO AFP
Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my


MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengutuk tindakan keganasan terhadap mangsa yang tidak bersalah dalam satu kejadian tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Azmin dalam satu kenyataannya berkata, beliau sangat terkejut dan sedih dengan berita tembakan rambang berkenaan serta sudah berhubung dengan pihak Wisma Putra bagi memantau keadaan di sana.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak Wisma Putra akan membantu rakyat Malaysia di sana serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai keadaan di sana.

“Doa dan ingatan kami sentiasa mengiringi mangsa atau orang tersayang yang terbunuh atau tercedera dalam kejadian berkenaan,” katanya, hari ini.

Menurut akaun Twitter Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera susulan kejadian tembakan dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand.

Susulan itu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter rasminya memberitahu, mangsa dalam keadaan stabil dan isterinya sudah dihubungi.

Media antarabangsa melaporkan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand dan dilaporkan beberapa mangsa maut atau cedera, lapor media tempatan.

Tembakan dilepaskan di dalam sebuah masjid di Hagley Park, Christchurch dan polis juga dikerahkan ke sebuah lagi masjid di Linwood.

Sehingga kini polis tidak mengeluarkan kenyataan sama ada kejadian itu berlaku di dalam masjid atau sekitarnya dan tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah korban.

Berita berkaitan

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 3:48 PM