TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO Luqman Hakim Zubir
TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO Luqman Hakim Zubir
Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman


KEGANASAN tidak mempunyai sempadan dan tiada jaminan keganasan tidak akan berlaku di negara ini atau di tempat lain kerana kumpulan yang terbabit boleh menyerang bila-bila masa.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan perisik yang mantap dan mengetahui setiap tindak-tanduk pengganas.

“Tiada jaminan keganasan tidak berlaku di negara ini tetapi Malaysia bertuah kerana mempunyai pasukan risikan yang bagus.

“Mereka (perisik) tahu siapa pengganas dan pergerakan mereka (pengganas). Kita juga sudah menahan sebahagian daripada kumpulan terbabit dan mendidik mereka semula,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada lapan wakil rakyat Sabah di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, cara terbaik untuk melawan keganasan adalah dengan mengetahui punca keganasan itu berlaku.

“Saya sebenarnya sudah menulis surat kepada Perdana Menteri England bahawa kita tidak boleh lawan keganasan seperti perang konvensional,” katanya.

Dr Mahathir mengulas insiden keganasan terhadap jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada jam 1.40 tengah hari tadi (waktu tempatan).

Dalam kejadian berkenaan, 49 maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila seorang penembak melepaskan tembakan rambang di dua masjid yang penuh sesak menjelang solat Jumaat.

Sementara itu, mengenai lawatan beliau ke kawasan kejadian pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang, Johor, Dr Mahathir berkata, beliau berpuas hati dengan pengendalian yang dilakukan di sana.

“Secara keseluruhannya saya menganggap kerja pengendalian di sana sangat baik dan tidak ada sebab untuk umumkan sebarang kecemasan,” katanya.

Berita berkaitan

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 8:49 PM