TAN Sri Harussani Zakaria. FOTO Abdullah Yusof
Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my


UMAT Islam di negara ini dinasihatkan tidak mengambil tindakan terburu-buru susulan insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat hari ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak secara melulu walaupun kejadian itu membabitkan umat Islam menjadi mangsa.

Katanya, sekiranya tindakan pengganas dibalas dengan tindakan keganasan sama, dibimbangi orang tidak bersalah pula menjadi mangsa.

“Kalau tujuan dia (pengganas) kerana dia memusuhi Islam, kita kena serahkan (kejadian itu) kepada pihak berkuasa.

“Kalau kita balas balik ketika dia lakukan tembakan itu, orang tidak bersalah menjadi mangsa dan perkara itu tidak baik.

“Orang Islam tidak boleh bertindak melulu kerana ia dibimbangi boleh mencetuskan pergaduhan jadi kita tidak boleh ambil tindakan begitu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Naskah Al-Quran Tajwid dan Terjemahan di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian yang mengorbankan 49 individu manakala lebih 40 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Harussani berkata, umat Islam juga diingatkan supaya tidak membuat tuduhan terhadap motif serangan berkenaan.

“Kejadian itu berlaku di tempat ibadah, jadi mungkinkah perkara itu berlaku kerana kebencian kepada agama (Islam) atau kerana perselisihan peribadi, jadi motif masih tidak tahu, tidak perlu kita hendak buat tuduhan,” katanya.

Mengenai majlis anjuran Persatuan Huffaz Malaysia (Huffaz Malaysia) itu, Harussani menyampaikan al-Quran bertajwid dan terjemahan kepada 16 sekolah menengah agama di negeri ini.

Antara sekolah yang terpilih menerima kitab suci berkenaan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Slim River, Sekolah Menengah Agama Al-Falah dan Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Aziz.

Berita berkaitan

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 10:07 PM