MOHD Azis. FOTO Arkib NSTP
MOHD Azis. FOTO Arkib NSTP
Norizuan Shamsuddin


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberikan kawalan dan perhatian penuh terhadap rumah ibadat di negara ini bagi mengelakkan daripada insiden seperti yang berlaku di New Zealand.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan pihak sentiasa bersiap sedia bagi mengekang daripada berlaku sebarang insiden keganasan di negara ini.

“Kita mengecam tindakan ganas yang dilakukan oleh ekstremis agama yang berlaku di New Zealand dan bersimpati dengan keluarga mangsa.

“Kita sudah meminta pihak polis memberikan kawalan dan perhatian serius, khususnya di tempat agama yang ada di negara ini.

“Nampak isu (yang berlaku di New Zealand) ini tidak akan berlaku di negara tetapi atas dasar bagi mengelakkan insiden seumpama itu berlaku di negara ini kita meminta pihak polis supaya sentiasa bersedia,” katanya pada sidang media di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, hari ini.

Sebelum itu, media melaporkan seramai 49 terbunuh, manakala 48 lagi dilaporkan cedera dalam serangan berlaku di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood, New Zealand, semalam.

Berita berkaitan

Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 2:08 PM
Digital NSTP Subscribe