ROKIAH. FOTO Danial Saad
Zuhainy Zulkiffli


“SAYA hanya mahu melihat keadaan Rahimi dan nak tau macam mana kecederaannya tambahan pula dikhabarkan cucu (Ahmad Razif, 11) kini trauma,” kata Rokiah Mohammad, 65.

Ibu kepada mangsa serangan pengganas di masjid di Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad, 39, itu ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP), hari ini, sebelum berlepas ke negara berkenaan bersama anak keduanya, Rosdi Ahmad, 42, jam 3.30 petang.

Rokiah berkata, menerusi panggilan telefon bersama menantu Norazila Abdul Wahid, 39, kira-kira jam 9 pagi tadi, dia dimaklumkan bahawa Ahmad Razif yang sempat diselamatkan orang awam ketika kejadian, kini dalam keadaan trauma.

“Dalam perbualan singkat itu, Norazila hanya memaklumkan Rahimi dalam keadaan stabil namun masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan kedua hari ini, manakala Razif pula dalam keadaan trauma.

“Dia pun tak boleh cakap lama, tambahan pula menantu saya tu masih bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarganya,” katanya.

Turut menemani Rokiah dan Rosdi ke New Zealand ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Menurut Rokiah, dia dijangka tinggal selama sebulan di Christchurch, namun ia bergantung kepada keadaan semasa Rahimi.

“Mujurlah saya tiada penyakit kronik dan tak perlu bawa ubat, hanya bawa vitamin sahaja.

“Semalam saya sukar lelap, terbayang berita di televisyen dan tak tau apa yang jadi, hanya doakan semua selamat,” katanya lagi.

Rahimi adalah antara tiga rakyat Malaysia yang dikenal pasti cedera terkena serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, semalam, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang.

Anak ketiga daripada lima beradik itu tinggal di Christchurch sejak lebih empat tahun lalu dan bekerja sebagai jurutera di kilang susu di New Zealand, manakala isterinya pula penuntut di University of Canterbury.

Sementara itu, Phee berkata rombongan terbabit dijangka tiba kira-kira jam 11 pagi esok (waktu tempatan) dan memberi jaminan semua mangsa rakyat Malaysia akan diberi rawatan yang terbaik di Christchurch.

“Menerusi perkembangan terkini, difahamkan rakyat Malaysia di sana turut menjadi sukarelawan bagi urusan pengebumian mangsa, pembersihan sisa tembakan dan lain-lain lagi,” katanya.

Berita berkaitan

'Tolong bawakan berita baik tentang anak saya'

Pelajar kita diminta berwaspada

Segera hantar keluarga mangsa ke NZ - Saifuddin

Terkejut dua rakan jadi mangsa pengganas

Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 5:17 PM