ROKIAH (kiri) selamat tiba di New Zealand. FOTO Ihsan FB Yb Phee Boon Poh
Zuhainy Zulkiffli
am@metro.com.my


KEADAAN anak sulung Rahimi Ahmad, 39, yang menjadi mangsa tembak di Christchurch, New Zealand kini semakin baik.

Ahmad Razif, 11, yang sempat diselamatkan orang awam pada hari kejadian dilaporkan masih trauma berikutan melihat sendiri kejadian tembakan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, menerusi pesanan WhatsAppnya kepada Harian Metro berkata, Ahmad Razif kini semakin baik dan hanya Rahimi yang masih menerima rawatan.

“Difahamkan Ahmad Razif sudah boleh ditinggalkan di rumah di bawah jagaan ahli keluarganya sementara isteri Rahimi (Norazila Abdul Wahid, 39) ke hospital bagi melihat perkembangan suaminya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Azrul dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh mewakili kerajaan negeri menemani ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65 dan abang, Rosdi Ahmad, 42, ke Christchurch, New Zealand bagi melihat perkembangan mangsa tembakan itu.

Mereka yang berlepas dari Pulau Pinang 3.30 petang semalam tiba di Lapangan Terbang Christchurch 5.40 pagi tadi sebelum ke Hospital Christchurch.

“Kami sudah menemui Norazila, keadaan Rahimi masih di unit rawatan rapi serta masih bergantung kepada bantuan mesin pernafasan dan dijangka menjalani pembedahan seterusnya esok pagi,” katanya lagi.

Berita berkaitan

Tunggu maklumat kerajaan New Zealand

Mohd Haziq masih hilang

Pecah telur di kepala senator [METROTV]

Milo Yiannopoulos dihalang memasuki Australia

'Cucu saya trauma'

'Tolong bawakan berita baik tentang anak saya'

Pelajar kita diminta berwaspada

Segera hantar keluarga mangsa ke NZ - Saifuddin

Terkejut dua rakan jadi mangsa pengganas

Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Masjid berdarah angkara manifesto gila

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 12:53 PM