Hamizah Badiran


MENERUSI inovasi teknologi termasuk yang ada pada telefon pintar, pengalaman menonton konsert kini menjadi semakin mudah dan menarik.

Semuanya berlaku tanpa kita sedari apabila saban tahun banyak pengeluar telefon pintar menghasilkan peranti yang datang dengan pelbagai ciri mengagumkan sekali gus memberi pengalaman luar biasa kepada penonton ketika menyaksikan konsert artis kegemaran mereka.

Terbaru, gambar dari konsert penyanyi terkenal Taiwan, Wang Lee Hom, di ibu kota berjaya membuktikannya.

Beberapa keping gambar itu terdiri daripada imej mengasyikkan yang diambil bermula dari bahagian belakang konsert di Stadium Merdeka dan kemudian pada mod zoom, gambar dirakam menjadi dekat serta diakhiri dengan jelas sekali melalui mod ‘super close’.


Pada gambar pertama, jurugambar merakamkannya agak jauh dari pentas namun, imej yang terhasil terutama butiran wajah penyanyi, ciri pada biola dan bajunya yang tertera nombor 2060 tetap dapat dilihat dengan begitu jelas.

Sungguh menakjubkan keupayaan pembesaran imej ‘super close’ dimiliki HUAWEI P30! Ini kerana, biasanya kita tidak dapat melihat semua perincian itu sekiranya merakam gambar menggunakan telefon pintar sahaja.

Selain itu, walaupun gambar pada jarak dekat yang diambil kelihatan sedikit kabur, ia tetap foto yang mengagumkan kerana terdapat banyak pergerakan di atas pentas ketika konsert berlangsung.

Jika ini memang apa yang boleh kita harapkan daripada peranti baru HUAWEI P30, maka menghadiri konsert untuk merakamkan saat indah sebagai kenangan menjadi semakin senang dan menyeronokkan.


Melihat kepada gambar di atas, menerusi mod ‘super close’ juga, rekaan piano Lee Hom yang mempunyai perincian kepala naga berwarna merah dan emas sebagai simbolik konsertnya yang bertajuk ‘Descendants of Dragon 2019’ turut dapat disaksikan.

Hal ini menunjukkan, sekiranya anda tidak mempunyai kamera DSLR ia bukan lagi satu masalah.

Anda juga tidak perlu lagi bergegas untuk mendapatkan tempat yang baik atau menjengket kaki bagi menangkap dan merekod video aksi penyanyi di atas pentas.

Justeru, apa pandangan anda mengenai keupayaan zoom yang dapat dihasilkan menerusi peranti baru ini?

Sebelum ini, siri HUAWEI P20 dan Mate 20 Pro yang dinobat sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik daripada DxOMark dengan 109 markah sudah membuktikannya.

Dengan pelancaran siri HUAWEI P30 yang bakal berlangsung di Paris pada 26 Mac ini, pastikan anda sentiasa bersedia untuk mengetahui betapa dekatnya tahap telefon pintar itu boleh melakukan zoom.

Bertema ‘Rewrite the Rules’, acara itu akan mendedahkan lebih banyak ciri menarik yang ada pada telefon, dan tentu saja menulis semula pengalaman keseluruhan konsert yang anda hadiri.

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI turut mengumumkan bahawa HUAWEI Backup iaitu storan luaran dengan kapasiti 1TB yang secara automatik boleh ‘sync’ dengan telefon pintar dan memindahkan gambar ke dalamnya sebagai hadiah istimewa ketika pelancaran produk terbaru itu kelak.

Menerusi 1TB data, anda tidak perlu lagi berasa risau memadam fail gambar lama dan menyimpannya di storan baru.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI P30, layari shop.huawei.com/my/events/huawei-p30-series.

Jumpa anda pada 26 Mac ini!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 3:02 PM