Hadzlihady Hassan


MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui terapung di laut berhampiran Persiaran Karpal Singh, Georgetown hari ini.

Mangsa yang masih berpakaian lengkap ditemui nelayan 6 petang yang kemudian membawa mayat terbabit ke pinggir laut.

Mayat ditemui dengan kedua-dua tangannya terangkat dan siasatan mendapati mangsa baru meninggal dunia.


Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di laut berhampiran Persiaran Karpal Singh. FOTO Ihsan Pembaca

Menurut sumber, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit dipercayai warga asing dan kemungkinan pekerja di atas kapal yang terjatuh dalam laut.

“Berdasarkan keadaan mayat yang masih elok dan tidak kembung, kita percaya mangsa baru meninggal dunia.

“Kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri namun mangsa dipercayai warga asing dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber berkata, mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 8:25 PM