MOHD Kassim hadir bersama anaknya, Muhammad Asyraf. FOTO Arkib NSTP.
Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my


BAPA kepada Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, hadir pada inkues kematian anggota bomba itu di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, abang Muhammad Adib, Muhammad Asyraf.

Bagaimanapun, setakat ini, difahamkan hanya Mohd Kassim akan tampil sebagai saksi inkues.

Terdahulu, kedua-duanya hadir ke mahkamah pada 11.05 pagi sebelum terus dibawa ke bilik saksi.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Prosiding hari ke-15 di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

  • Lagi berita berkaitan Inkues Adib
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 11:35 AM