Hamizah Badiran


Kuala Lumpur: Selepas berkongsi gambar pra perkahwinan mereka di laman Instagram beberapa minggu lalu, kali ini Fasha Sandha mendedahkan pula sedikit ‘teaser’ busana pengantin yang mungkin akan dipakai pada hari bersejarah dengan Aidil Aziz nanti.

Mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Fasha tampil ayu dan berseri dalam persalinan itu di butik Rizman dan menyifatkan ia adalah impian setiap wanita mahupun bakal raja sehari.

Detik itu dikongsi HUAWEI dengan merakamkan gambar Fasha menggunakan telefon HUAWEI siri P30 sekali gus mempamerkan kehebatan peranti baru dengan zoom pada tahap maksima dengan begitu baik.




Melalui tiga gambar yang digabungkan itu, menunjukkan keupayaan peranti berkenaan merakam gambar dari jarak jauh, dekat dan sangat dekat sehingga memperlihatkan perincian dan kemasan jahitan aksesori pada busana serta layah pengantin dengan sangat jelas.

HUAWEI adalah satu-satunya pengeluar telefon pintar yang mampu menghasilkan teknologi mengagumkan seperti ini kerana dikenali dengan kehebatan kamera dimiliki.

Sebelum ini, HUAWEI P20 dinobatkan telefon pintar dengan kamera terbaik daripada DxOMark untuk kedua-dua model P20 dan Mate 20 Pro yang mempunyai tiga kamera, masing-masing merekodkan 109 markah.

Nantikan detik pelancarannya untuk melihat sendiri keupayaan ditunjukkan teknologi pembesaran imej telefon pintar HUAWEI P30.

Bakal dilancarkan esok di Paris, Perancis dengan tema ‘Rewrite the Rules’, acara gilang-gemilang itu akan mendedahkan inovasi menarik terbaru peranti yang ditunggu ramai.

Ikuti pautan di bawah untuk menyaksikan secara langsung pelancaran global HUAWEI P30 dari Paris, jam 2 petang (GMT+1) waktu tempatan.

HUAWEI YouTube @ Huawei Mobile

https://www.youtube.com/c/HuaweiMobile/live

HUAWEI Facebook @ Huawei Mobile

https://www.facebook.com/huaweimobile/videos/390508841773706

HUAWEI Twitter @ Huawei Mobile

https://twitter.com/HuaweiMobile



Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 8:26 PM