JEMAAH umrah Tiram Travel diberi taklimat sebelum memasuki balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Izlaily Nurul Ain Hussein


JOHOR BAHRU: Deposit serendah RM1,000 dikenakan agensi pengendali umrah, Tiram Travel Sdn Bhd (Tiram Travel) buat pelanggan yang berminat dengan pakej umrah pada harga promosi RM5,050 bermula Oktober ini.

Lebih menarik, pelanggan yang meletakkan deposit terbabit tidak perlu risau sekiranya terpaksa membatalkan tempahan kerana pulangan deposit 100 peratus akan dibuat pihak Tiram Travel.

Pengurus Operasi Tiram Travel, Rohaidah Khamis berkata, ini pertama kali syarikat mereka memperkenalkan pulangan balik deposit secara penuh kepada pelanggan mereka.

“Kami menggalakkan jemaah membuat pendaftaran awal dengan bayaran deposit hanya RM1,000 seorang dan mereka tidak perlu bimbang kehilangan wang terbabit sekiranya pembatalan pakej dibuat pada 100 hari sebelum tarikh penerbangan.

“Ini adalah kali pertama syarikat memperkenalkan bayaran balik penuh kepada jemaah supaya mereka boleh memilih dan membayar deposit tanpa merasa risau kehilangan deposit mereka.

“Pembatalan pakej boleh dibuat menerusi penghantaran e-mel ke [email protected],” katanya.

MUTAWWIF Tiram Travel sentiasa bersama peserta umrah sepanjang berada di Tanah Suci.

Pada masa sama, Rohaidah berkata, pakej umrah dengan harga promosi RM5,050 bermula Oktober ini ditawarkan Tiram Travel bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang dengan harga yang menarik.

“Walaupun pakej murah, pihak hotel tetap sedia makanan tiga kali sehari secara bufet di dewan makan yang mempunyai pemandangan Masjidil Haram.

“Pakej ini dijangka menjadi tarikan utama khususnya bagi golongan warga emas kerana kedudukan hotel di dataran masjid berhadapan dengan pintu masuk Masjidil Haram,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pakej, pelanggan boleh menghubungi ibu pejabat Tiram Travel atau mana-mana cawangan berhampiran selain membuat tempahan secara dalam talian. Layari laman web Tiram Travel di www.tiram.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 6:00 AM