GAMBAR hiasan
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


REMAJA lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja perempuan di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang, Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman ke atasnya penganggur berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di Jitra, hari ini.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, polis meminta saksi kejadian atau mereka mempunyai maklumat kejadian untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Asisten Superintendan Mohd Shuhaimi Joohari di talian 019-3329342.

Harian Metro semalam melaporkan mayat remaja perempuan berusia 18 tahun disyaki dibunuh ditemui seorang pemancing di Sungai Sentap pada 11.51 malam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Ainaa Dhabitah Sham disedari seorang pemancing apabila mata kailnya tersangkut pada pakaian mangsa.

Seorang suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa berjaya ditahan polis pada Ahad dan siasatan awal, dia mendakwa mereka ada bertengkar sebelum terjatuh dalam sungai tetapi suspek berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa disyaki lemas.

Suspek bagaimanapun tidak meminta bantuan mahupun memaklumkan kepada orang ramai ketika kejadian itu.

Berita berkaitan

Gadis ditemui lemas

mayat-gadis-tersangkut-pada-mata-kail-pemancing

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 12:02 PM