FOTO hiasan
BERNAMA

DUA anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut manakala dua lagi cedera ringan selepas ambulans yang mereka naiki terbabas dalam hujan lebat di Kluang, hari ini.

Bagaimanapun, maklumat mengenai kedua-dua mangsa masih belum diperoleh setakat ini.

Pengarah APM Johor, Kolonel Mat Zin Bujang berkata, kejadian berlaku pada jam 3.40 petang ketika semua mangsa dalam perjalanan pulang daripada bertugas.

“Mayat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat manakala mangsa cedera dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail yang turut dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 8:36 PM