Hidayatul Akmal Ahmad


TUJUH akaun bank dengan wang berjumlah RM48 juta milik bapa Jho Low, Low Hock Peng dilucut hak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Pelucutan hak itu dilakukan mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ia kerana baki wang akaun milik Hock Peng itu berpunca daripada perolehan salah melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Notis usul dan afidavit daripada Timbalan Pendakwa Raya serta afidavit Unit Pencegahan Wang Haram (AMLA) dan afidavit predikat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk pengurusan kes.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi mengesahkan laporan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 8:43 PM