GAMBAR hiasan
Mohd Husni Mohd Noor


HARGA runcit petrol RON97 naik dua sen menjadi RM2.63 seliter manakala, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April itu masing-masing sepatutnya RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter.

“Namun, kedua-dua produk dikekalkan harga runcitnya selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Bagi tempoh 23 hingga 29 Mac, harga runcit bagi petrol RON97 ditetapkan pada 2.61 seliter manakala, RON95 dan diesel masing-masing berharga kekal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2019 @ 5:38 PM