Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


PERKARANGAN Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan mula dipenuhi penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini.

Penyokong kedua-dua parti mula berkumpul sejak jam 7 pagi bersama sepanduk dan kain rentang.

Dijadualkan calon bertanding boleh menyerahkan borang pencalonan bermula jam 9 hingga 10 pagi.

Setakat ini keadaan masih tenang tanpa sebarang provokasi antara parti lawan.

Pakar bius Dr S Streram yang dicalonkan PH akan mencabar penyandang kerusi kawasan itu yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili BN.

DUN Rantau mempunyai seramai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi tidak hadir luar negara.

Jumlah itu diwakili 11,283 pengundi Melayu diikuti Cina (18.80 peratus atau 3,849), India (26.06 peratus atau 5,336) manakala lain-lain (0.02 peratus atau empat).

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 8:32 AM
    AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan bersama penyokong BN. FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN
    PIMPINAN tertinggi PH yang hadir pada hari penamaan calon PRK DUN Rantau di Dewan SJKC Sri Sendayan, Negeri Sembilan. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI