GAMBAR hiasan
Siti Nor Hidayatidayu Razali


LELAKI yang melarikan diri dari lokap di Mahkamah Bachok semalam berjaya ditahan di Jalan Tok Guru, Kota Bharu hari ini.

Dahalan Abd Ghani, 34, ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan 5.45 petang selepas melarikan diri dalam tempoh 29 jam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek diburu selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Bachok.

“Ketika ditahan suspek menunggang motosikal curi di sekitar Bachok sebelum melarikan diri ke Kota Bharu sejauh 30 kilometer.

“Suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok untuk siasatan lanjut,” katanya.

Suspek sebelum itu melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Bachok, 1.10 tengah hari.

Lelaki itu memecahkan siling dan atap bahagian atas lokap mahkamah sebelum melarikan diri.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 15(e) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 9:55 PM