Mohd Hafizee Mohd Arop


PENGANJUR Gopeng Ultra Trail menafikan terbabit dalam penganjuran dan menghebahkan operasi besar-besaran mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, hari ini.

Tinjauan Harian Metro kira-kira 10 pagi di kawasan berkumpul seperti dihebahkan di laman sosial iaitu di kawasan Gua Tempurung mendapati kira-kira 50 sukarelawan berkumpul untuk membantu operasi mencari berkenaan.

Kesemua yang hadir kemudiannya diberikan taklimat oleh wakil penganjur memberitahu yang mereka tidak terbabit dalam hebahan itu dan meminta kesemuanya bersurai.

Dalam taklimat itu, wakil penganjur meminta kesemua mereka yang datang dan ingin meneruskan hasrat itu perlu mendapatkan kebenaran polis kerana pihaknya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden.

Sebelum ini, bomba dan polis sudah mengeluarkan kenyataan menafikan terbabit dalam penganjuran itu dan meminta orang ramai memberikan kerjasama kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan operasi.

Seorang sukarelawan yang datang untuk membantu operasi itu, Muhammad Syafiq Saiful Lizan,23, berkata, dia terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasrat untuk mencari Mohammad Ashraf.

Katanya, dia datang bersama empat rakannya dari Kuala Lumpur untuk membantu mencari Mohammad Ashraf sebelum dimaklumkan penganjur tidak dapat meneruskan hasrat itu kerana individu atau kumpulan perlu mendapatkan kebenaran polis.

“Kenyataan sebelum ini tidak jelas. Kami ingat boleh datang dan tidak menyangka hasrat kami ini tidak dapat diteruskan kerana perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu,” katanya.

Berita berkaitan

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

'Acap...mak kat sini...balik nak' [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

'Baliklah Acap, mak masak asam pedas...'

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 11:34 AM
HAMPUR 50 sukarelawan berkumpul untuk membantu operasi mencari. FOTO Muhaizan Yahya