Operasi pencarian Acap di Gua Tempurung hari ini. FOTO Isan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, diteruskan hari ini di kawasan sekitar Gua Tempurung membabitkan 22 anggota termasuk empat pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Ketua Zon 1 JBPM Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, operasi pencarian ditumpukan di kawasan sekitar Gua Tempurung membabitkan kawasan di bahagian belakang dan keseluruhan gua berkenaan.

Menurutnya, ini kali kelima operasi dijalankan di kawasan Gua Tempurung dan ia dijalankan semula di kawasan itu berdasarkan maklumat terbaru yang diterima.

“Penumpuan diberikan di kawasan Gua Tempurung untuk hari ini dan kita akan terus berusaha melakukan pencarian serta berharap mangsa dapat ditemui.

“Selain bomba, bantuan turut diperoleh daripada polis, APM (Angkatan Pertahanan Awam) dan Jabatan Hutan, bantuan sentiasa diberikan semua agensi namun yang merunsingkan masih belum ada petunjuk tepat lagi,” katanya.

Mohd Khairul berkata, pihak bomba menasihatkan sukarelawan yang sudah mendapatkan kebenaran polis untuk membantu melakukan pencarian supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

“Selepas mendapat kebenaran polis, mereka perlu mengutamakan keselamatan kerana di dalam hutan terutamanya di pinggir hutan terdapat pelbagai binatang berbisa seperti ular dan lain-lain.

“Bomba sendiri menemui haiwan berbisa itu dan mengingatkan sukarelawan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di hutan,” katanya.

Berita berkaitan

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

'Acap...mak kat sini...balik nak' [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

'Baliklah Acap, mak masak asam pedas...'

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 3:16 PM