Amir Abd Hamid dan Norizuan Shamsuddin
am@hmetro.com.my


SEORANG lagi mangsa kemalangan bas berhampiran MAS Kargo, Sepang, semalam, disahkan meninggal dunia jam 4.47 petang.

Mangsa, Fitri Nur Jahari, 21, sebelum ini dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Putrajaya disahkan meninggal dunia selepas hampir 17 jam bertarung nyawa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia adalah 12 individu termasuk empat wanita.

“Daripada jumlah itu, empat mangsa adalah wanita warga Indonesia, dua lelaki warga Nepal, lima lelaki warga Bangladesh dan seorang warga tempatan (pemandu bas),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum itu, portal Harian Metro melaporkan sebuah bas pekerja yang dinaiki 44 individu terjunam di dalam longkang sewaktu dalam perjalanan ke MAS Kargo, KLIA, jam 11.10 malam.

Berita berkaitan:

  • Pemandu bas tiada rekod kesalahan lalu lintas
  • Kenapa bas ikut laluan berbeza?
  • Bas terbabit nahas sudah dialihkan
  • [UPDATE] Mangsa kakitangan Mutiara Kayamas
  • [UPDATE] Seorang lagi penumpang maut [METROTV]
  • 10 maut nahas bas pekerja
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 7:26 PM
    SEBAHAGIAN rakan mangsa kemalangan maut berhampiran kawasan MASKargo, Sepang sebak selepas membuat pengecaman mayat. FOTO Aizuddin Saad