FOTO Hiasan
Murni Wan Omar


DUA beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif khidmat pelanggan pada Februari tahun lalu.

S Kirubanantharaj, 25 dan S Tharmenderan, 22, hanya menangguk selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa membunuh T Theebakaran, 26, di luar Restoran Lai Kong, Jalan PJS 8/4, Sungai Way, Petaling Jaya, jam 5.30 pagi, 11 Februari tahun lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah menetapkan 27 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 7:58 PM