KERJA mengalih bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd

MASkargo Sdn Bhd (MASkargo) akan menguruskan proses penghantaran pulang jenazah pekerja warga asing yang terbabit dalam kemalangan bas ke negara asal masing-masing.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MASkargo berkata, keutamaan pihaknya kini adalah membantu meringankan keperluan semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Kami sangat sedih dengan kejadian yang berlaku kerana ia membabitkan tenaga kerja kami yang sedang dalam perjalanan memulakan syif tengah malam mereka, malam tadi.

“Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga dan insan tersayang bagi kesemua mangsa yang terbabit dalam kemalangan berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, 12 mangsa maut termasuk pemandu apabila bas pekerja dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang.

Kejadian itu meragut nyawa 11 penumpang warga asing dan seorang pemandu bas tempatan.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, siasatan awal mendapati bas terbabit yang membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MASKargo dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan.

“Difahamkan semua pekerja terbabit sepatutnya masuk bekerja pada syif 12 tengah malam.

“Seramai 34 penumpang yang cedera dikejarkan ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Hospital Banting dan Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Berita berkaitan:

  • 'Mangsa dalam bas berterabur' [METROTV]
  • Bas terjunam: Kematian cecah 12 orang
  • Pemandu bas tiada rekod kesalahan lalu lintas
  • Kenapa bas ikut laluan berbeza?
  • Bas terbabit nahas sudah dialihkan
  • [UPDATE] Mangsa kakitangan Mutiara Kayamas
  • [UPDATE] Seorang lagi penumpang maut [METROTV]
  • 10 maut nahas bas pekerja
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 9:40 PM