ANTHONY pada sidang media di Hospital Serdang. FOTO Aizuddin Saad
Amir Abd Hamid dan Norizuan Shamsuddin


KEMENTERIAN Pengangkutan akan menarik lesen pengendali syarikat yang terbabit dalam kemalangan maut di Sepang, semalam sekiranya didapati melakukan salah laku.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang tindakan akan dilakukan selepas laporan penuh kejadian itu diperoleh dari siasatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang akan dilakukan esok.

Beliau berkata, pasukan penyiasatan kemalangan terdiri JPJ dan MIROS akan ke pejabat syarikat itu di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan untuk melakukan audit.

“Audit Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) keselamatan akan dijalankan untuk memastikan pematuhan syarat lesen pengendali dan kehendak ICOP Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) dipatuhi oleh pengendali.

“Sekiranya didapati melakukan kesalahan, lesen pengendali syarikat itu akan ditarik balik,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang selepas menziarahi mangsa yang cedera dirawat di hospital itu, malam ini.

Dalam kejadian 11.10 malam semalam, bas pekerja membawa 44 orang termasuk pemandu terbabas lalu menjunam di longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MAS Kargo Sepang.

Setakat malam ini 12 penumpang maut, bakinya cedera termasuk enam masih kritikal.

Berita berkaitan:

  • 'MASkargo bantu urus penghantaran pulang jenazah
  • 'Mangsa dalam bas berterabur' [METROTV]
  • Bas terjunam: Kematian cecah 12 orang
  • Pemandu bas tiada rekod kesalahan lalu lintas
  • Kenapa bas ikut laluan berbeza?
  • Bas terbabit nahas sudah dialihkan
  • [UPDATE] Mangsa kakitangan Mutiara Kayamas
  • [UPDATE] Seorang lagi penumpang maut [METROTV]
  • 10 maut nahas bas pekerja
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 10:16 PM