SATHIASEELAN, 43, abang ipar kepada S Suresh, pemandu bas kilang yang terbabit nahas meragut 11 nyawa termasuk dirinya, di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. FOTO Aizuddin Saad
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


MAYAT pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan berhampiran MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sudah di tuntut keluarga semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, proses tuntutan mayat, S Suresh, 43, dilakukan selepas selesai bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang (JPFS) dan pengecaman dilakukan oleh waris mangsa.

“Manakala 11 mayat (warga asing) masih belum dituntut.

“Daripada jumlah itu, sembilan mayat sudah menjalani bedah siasat dan dua lagi masih belum dilakukan pengecaman.

“Manakala seramai 17 individu dilaporkan kritikal atau cedera yang masih menerima rawatan di hospital.

“Daripada jumlah itu, tujuh individu di Hospital Serdang, (6) Putrajaya, (2) Banting, (1) Kajang dan (1) Klang,” katanya ketika di hubungi, hari ini.

Sebelum itu, Harian Metro melaporkan bas dinaiki 44 individu termasuk pemandu terjunam di dalam longkang berhampiran MAS Kargo, 11.10 malam, kelmarin.

Kejadian menyebabkan 12 individu termasuk pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi dan sewaktu menerima rawatan di hospital.

Berita berkaitan:

  • 'Kalau ada salah laku, tarik lesen
  • 'MASkargo bantu urus penghantaran pulang jenazah
  • 'Mangsa dalam bas berterabur' [METROTV]
  • Bas terjunam: Kematian cecah 12 orang
  • Pemandu bas tiada rekod kesalahan lalu lintas
  • Kenapa bas ikut laluan berbeza?
  • Bas terbabit nahas sudah dialihkan
  • [UPDATE] Mangsa kakitangan Mutiara Kayamas
  • [UPDATE] Seorang lagi penumpang maut [METROTV]
  • 10 maut nahas bas pekerja
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 11:12 AM