MOTOSIKAL dilaporkan hilang di Butterworth, Pulau Pinang dan motosikal ditemui dalam kebun kelapa sawit. FOTO Ihsan PDRM.
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


TINDAKAN remaja lelaki mencuri motosikal di sebuah rumah pangsa Kilang Lama, Kulim, 31 Mac lalu mengundang padah apabila dia ditahan semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, mangsa menyedari kehilangan motosikal miliknya ke Balai Polis Kulim Hi Tech, untuk membuat laporan.

Katanya, susulan laporan diterima pihaknya menjalankan gerakan memburu suspek

yang bekerja sebagai tukang cuci kenderaan.

“Suspek ditahan di Lunas 2 petang semalam. Dia juga menunjukkan lokasi motosikal curi berkenaan disembunyikan iaitu dalam kebun kelapa sawit berhampiran Taman Cekur Manis, Lunas.

“Selain itu siasatan mendapati motosikal ditunggang suspek dilaporkan hilang di Butterworth, Pulau Pinang dan kenderaan itu dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan jika suspek terbabit dalam kes jenayah lain.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 3:19 PM