Mohammad Ashraf dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu.
Mohamed Farid Noh


“INI pertama kali saya dengar (penemuan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap di Johor),” kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengenai dakwaan terkini peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu, dijumpai selamat di negeri itu.

Mohd Khalil berkata, polis Johor tidak menerima laporan mengenai penemuan lelaki terbabit namun akan memeriksa kesahihannya.

“Kami akan memeriksa kesahihan maklumat berkenaan sama ada benar atau sebaliknya.

“Buat masa ini kita tidak menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai perkara berkenaan namun akan memeriksanya, ” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu berita penemuan Acap yang kononnya ditemui selamat dan sedang berehat di Muar, tular di media sosial sejak tengah hari ini.

Kenyataan itu kononnya Acap merajuk dan lari ke rumah rakannya di Johor selain mendakwa kenyataan itu akan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia.

Pada 23 Mac lalu, Acap yang berasal dari Muar, Johor, disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25 kilometer.

Kisah kehilangan Acap sejak lebih dua minggu lalu itu menjadi tumpuan masyarakat dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Berita berkaitan

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

'Acap...mak kat sini...balik nak' [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

'Baliklah Acap, mak masak asam pedas...'

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 5:45 PM